Perjalanan kursus yang penuh cabaran yang memerlukan kuasa memujuk , membodek dan kasih & sayang he3 (ayat yang tuju kepada isteri) so mulanya kursus ni nak mencari idea macam mane nak buat agar semua yang hadir di hargai dan disamping itu kita sama-sama dapat berkongsi satu ilmu tentang organisasi masing-masing so bermacam soal jawab dan aktiviti telah dilakukan antaranya ialah:-
So sebelum upload gambar meh citer sikit tentang perjalanan program selama 3 hari bila sampai semua peserta diberi taklimat & peraturan oleh En Zaidi pastu saya jembut en Din untuk membuat suai kenal , tak kenal maka tak mesra ......pas suai kenal malam terus saya ambik buat kenali organisasi anda kenal organisasi masing masing mulalah semua melukis kedudukan tampat kerja & kelebihan hospital masing -masing syok habis bila dapat maklumat tentang kelebihan hospital masing-masing .tapi setiap yang lebih mesti ada kekurangan nya ... saya simpati dengan hospital Jempol ... biarlah masa yang melupakan nya ... semoga semua kakitangan bersatu membina semula kepercayaan masyarakat terhadap kakitangan Awam.
so besok nya ada aktiviti lapangan ada satu borang disediakan dan masa selama 2 jam 1 kena pergi ke pasar pagi sabtu dan pasar basah didaerah pekan , macam macam yang dapat pastu sesi persembahan antara pasangan yang pergi antara lelaki & wanita , persorangan lelaki wanita , antara wanita-wanita , antara lekaki- dan lelaki, semua tu ada nasihatnya sendiri tak kira di mana kita bekerja kita ada berjumpa mereka jadi suaikan diri dengan suasana bak kata orang masuk kandang kambing mengembek masuk kandang lembu mengemlembu masuk kandang rimau habis kena makan ....hihihi sape suruh masuk .... so jom kita tgk gambar
0 comments:
Post a Comment